ARIFAHANI ENTERPRISE (SA0247116-A)
24-HOURS HOTLINE : +6 017 682 8372 / +6 011 3705 8332

ARIFAHANi'S 

Marinated Steak, BBQ, Aqiqah and More...

PROGRAM I :
AQIQAH LEMBU (KELUARGA)

 
Pelanggan
 : En. Khairul Nizam
Lokasi
 : Kajang, Selangor
Haiwan Aqiqah
 : Lembu
Pakej
 : Mukarramah
Tarikh
 : Januari, 2014

En. Khairul berhasrat untuk mengaqiqahkan anaknya, seorang bayi lelaki dengan dua ekor kambing. Abang beliau juga berhasrat untuk melaksanakan aqiqah untuk anak perempuannya dengan seekor lagi kambing. Menjadikan jumlah keseluruhan adalah tiga ekor kambing bersamaan tiga bahagian aqiqah.


Setelah menghubungi kami dan menyatakan hasratnya, kami memberi cadangan kepada beliau untuk melaksanakan aqiqah dengan seekor lembu dengan membandingkan beza harga antara pilihan beliau yang sebelumnya dan aqiqah lembu bersama Arifahani's adalah hanya RM 200.00 dan beliau akan mendapat tujuh bahagian.


Beliau bersetuju dan sebagai tambahan beliau meminta kami membuat Pembungkusan Individu sebanyak 300 pek untuk dihantar kepada beliau dan bakinya diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan islam.


Pada hari yang dijanjikan, beliau sendiri datang menghadirkan diri ke tempat sembelihan untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam upacara sembelihan itu.


Komen beliau, "Alhamdulillah, sedap makanan tu. Semua tetamu saya berselera."


PERKHIDMATAN ARIFAHANI'S :

  • Mendapatkan lembu yang menepati syarat
  • Mengaturkan sembelihan dengan jurusembelih
  • Memproses daging sembelihan
  • Memasak dan membungkus
  • Menghantar ke rumah beliau 
  • Mengagihkan ke rumah kebajikan islam.
  • Menyampaikan Sijil Penghargaan dan cenderahati iringan.

PROGRAM II :
AQIQAH KAMBING (LAUK SAHAJA)

 
Pelanggan
: Pn. Suhaila
Lokasi
: Cheras, Selangor
Haiwan Aqiqah
: Kambing
Pakej
: Khas (Lauk sahaja)
Tarikh
: Januari, 2014

Pn. Suhaila yang tinggal di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras berhasrat untuk mengaqiqahkan anak lelakinya dengan seekor kambing pada sambutan Maulidurrasul di tempatnya.


Disebabkan sebahagian besar dari makanan kenduri tersebut akan disediakan oleh ahli keluarganya yang lain, beliau meminta kami hanya memasak lauk sahaja untuk aqiqahnya.


Kami mencadangkan masakan Kambing Masak Beriyani dan beliau bersetuju.


Pada hari yang dijanjikan, beliau bersama suaminya telah datang sendiri melaksanakan akad penyerahan dan menyaksikan sembelihan aqiqah untuk anaknya itu.


Selesai sahaja memasak, kami telah menghantar lauk tersebut ke rumah beliau tepat pada waktu yang dijanjikan.


PERKHIDMATAN ARIFAHANI'S :

  • Mendapatkan kambing yang menepati syarat
  • Mengaturkan sembelihan dengan jurusembelih
  • Memproses daging sembelihan
  • Memasak dan membungkus
  • Menghantar ke rumah beliau 
  • Menyampaikan Sijil Penghargaan dan cenderahati iringan.