ARIFAHANI ENTERPRISE (SA0247116-A)
24-HOURS HOTLINE : +6 017 682 8372 / +6 011 3705 8332

ARIFAHANi'S 

Marinated Steak, BBQ, Aqiqah and More...

AQIQAH dari segi bahasa membawa maksud memutuskan atau membuat lubang. Ia juga dikatakan membawa maksud rambut bayi. Dari segi syariat pula, makna aqiqah bermaksud menyembelih atau menumpahkan darah haiwan untuk tujuan pembersihan dari kotoran.


Berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari Salman bin Amru r.a, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :



Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni dengan melaksanakan aqiqah ke atas dirinya) dan singkirkanlah kotoran darinya.


Pada mafhum disebuah hadis yang lain pula, Ibnu Majah telah menjelaskan akan maksud “... terpelihara dengan aqiqahnya...” membawa maksud bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut (yang diaqiqahkan itu) dari gangguan syaitan yang cuba menghalangnya dari melakukan kebaikan.


Selain itu, menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila mati seseorang itu dalam keadaan dirinya belum diaqiqahkan lagi, maka tidak boleh bagi beliau untuk mensyafaatkan ibu dan bapanya ketika di akhirat kelak.


Maka, berdasarkan hadis-hadis di atas (dan beberapa lagi hadis lain) serta kenyataan dari Imam Ahmad bin Hambal ini, peranan aqiqah dalam membentuk keperibadian seorang muslim itu adalah sangat besar dan sesuai dengan hukum perlaksanaan aqiqah itu sendiri iaitu Sunat Muakkad (ibadat yang sangat digalakkan).


Dengan kata lain, penyucian diri seorang kanak-kanak melalui aqiqah itu akan memberi kelebihan kepada kanak-kanak tersebut untuk membesar menjadi seorang muslim yang baik dan beriman kerana telah terhindar darinya segala kekotoran dan gangguan-gangguan syaitan yang cuba menghalang dirinya dari menjurus kearah atau melakukan kebaikan seterusnya berbakti kepada agama, ibu-bapa, masyarakat dan tanahairnya.

PAKEJ AQIQAH ARIFAHANI'S

ARIFAHANI'S juga memberikan perkhidmatan PENGENDALIAN IBADAH AQIQAH yang mana perkhidmatan kami merangkumi :

 
 
Mendapatkan bekalan 
kambing atau lembu
 Menyembelih dengan sempurna
menurut hukum syarak
Melapah dan memproses
haiwan selepas disembelih 
Memasak dan membungkus 
 Menghantar ke lokasi 
pilihan pelanggan
Mengedar dan mengagihkan ke rumah-rumah kebajikan atau pusat pengajian islam 
Menganjurkan kenduri
di masjid atau surau 
Menyediakan sewaan 
keperluan majlis kenduri 
 Menganjurkan aqiqah sedekah 
untuk fakir miskin atau anak yatim

Bekalan Haiwan untuk Aqiqah

Kami komited dalam pemilihan haiwan untuk tujuan Aqiqah. Komitmen ini bertujuan untuk memastikan bahawa haiwan tersebut menepati kehendak syariat serta sesuai untuk dijadikan juadah dalam hidangan menu-menu istimewa kami. Ini juga akan memastikan bahawa perkhidmatan kami sentiasa akan memuaskan hati pelanggan. Setiap haiwan yang dipilih akan terlebih dahulu dinilai dari segi fizikal, berat, cukup umur dan sihat. Garis panduan berikut sentiasa dituruti dalam setiap haiwan yang dipilih untuk dijadikan sembelihan aqiqah.


✓ Cukup umur (mencapai kematangan dua tahun atau lebih)

✓ Sempurna dan cukup sifat

✓ Diternak dalam kandang yang bersih dan sistematik

✓ Diberi makanan yang HALAL

✓ Menepati berat minima yang ditetapkan

✓ Bebas dari bau hamis selepas disembelih

Komitmen kami dalam pemilihan jenis haiwan ini telah meningkatkan keyakinan pelanggan kami bila mana ramai pelanggan kami yang telah mengulangi menempah perkhidmatan kami untuk anak-anak mereka mahupun untuk diri sendiri. 


Berdasarkan garis-panduan ini juga, hanya haiwan dari jenis / baka yang berikut sahaja yang akan kami gunakan kerana ianya sangat sesuai untuk tujuan aqiqah serta mempunyai nilai harga di pasaran yang tidak terlalu mahal. 

KAMBING FERAL

LEMBU TEMPATAN

BIRI-BIRI

Click to edit table header
 
Jenis
 KAMBING
 Baka
 FERAL
 Asal
 AUSTRALIA
 Bekalan
 IMPORT
 Berat Hidup
 30 kg ~ 35 kg
 Umur
 2 TAHUN dan ke atas
 Ciri Fizikal
Sihat & tidak berpenyakit
Click to edit table header
 
Jenis
 LEMBU
 Baka
 KEDAH-KELANTAN (KK)
 Asal
 TEMPATAN
 Bekalan
 TEMPATAN
 Berat Hidup
 220 kg ~ 250 kg
 Umur
 2 TAHUN dan ke atas
 Ciri Fizikal
 Sihat & tidak berpenyakit
Click to edit table header
 
Jenis
 KAMBING
 Baka
BIRI-BIRI 
 Asal
 AUSTRALIA
 Bekalan
 IMPORT
 Berat Hidup
 25 kg ~ 30 kg
 Umur
 2 TAHUN dan ke atas
 Ciri Fizikal
 Sihat & tidak berpenyakit

Penyembelihan & Proses Perlaksanaan Tuntutan Syariah

Ini adalah proses yang paling penting di dalam perlaksanaan ibadah aqiqah. Yang mana, sebarang kesilapan atau kepincangan dalam perlaksanaannya berpotensi menjejaskan kesucian ibadah ini. Ia juga boleh menyebabkan perlaksanaan ibadah ini menjadi tidak sah sekiranya tidak dilakukan dengan betul.


Berbekalkan pengalaman sejak tahun 2006 dalam pengendalian aqiqah serta memiliki dua orang jurusembelih yang sangat-sangat mahir dalam kerja-kerja penyembelihan, ARIFAHANI'S sering mendapat tempat di hati pelanggan yang memilih kami untuk mengelolakan ibadah ini.


Antara perkara-perkara penting yang perlu dititik-beratkan dalam memastikan Penyembelihan & Proses Perlaksanaan Tuntutan Syariah berjalan dengan sempurna adalah :


✓ Ketelusan dan keikhlasan individu yang terlibat dalam upcara penyembelihan

✓ Keyakinan yang tinggi tentang kelebihan ibadah sunnah Rasulullah ini

✓ Nawaitu yang baik dalam mencari keredhaan Allah

✓ Bermohon dan berharap agar penyembelihan ini akan menghilangkan kotoran dari orang yang diaqiqahkan

Garis panduan asas dalam Penyembelihan & Proses Perlaksanaan Syariah untuk program-program Aqiqah kendalian ARIFAHANI ENTERPRISE adalah : 


1. Memilih haiwan untuk diaqiqahkan berdasarkan kepada garis panduan seperti yang disebutkan di atas
2. Memastikan tempat penyembelihan bersih dan tidak tercemar
3. Memastikan bahawa haiwan yang dipilih dibawa ke tempat sembelihan dengan cara yang tidak menyiksakan haiwan tersebut
4. Memegang kambing atau mengikat lembu dengan kemas dan tidak menyiksakan
5. Melakukan akad penyerahan sembelihan kepada jurusembelih
6. Menyembelih dengan kaedah sembelihan yang betul menggunakan pisau sembelihan yang sangat tajam dan khusus (Jenama : Victorinox)
7. Menyembelih dengan nama Allah atas niat Aqiqah
8. Memastikan kematian haiwan tersebut adalah disebabkan oleh sembelihan dan bukan oleh faktor-faktor lain seperti lemas akibat ikatan
9. Meleraikan ikatan apabila kematian sepenuhnya haiwan tersebut hampir tiba bagi meredakan stress seterusnya membolehkan darah haiwan tersebut mengalir keluar secara semula-jadi.

Berikut adalah paparan video sebenar yang menunjukkan bagaimana upacara PENYEMBELIHAN & PERLAKSANAAN TUNTUTAN SYARIAH dilakukan.

ARIFAHANI ENTERPRISE  merasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan dua orang Jurusembelih yang sangat berpengalaman serta mahir dalam selok-belok perlaksanaan tuntutan syariah ibadah aqiqah ini. 

JURUSEMBELIH I


TN. HAJI BASMI BIN MAT JELAS (Hj. Bismi)

JURUSEMBELIH II


TN. HAJI AZRI HASHIM

Click to edit table header
 
Umur
66 Tahun
Asal
Jasin, Melaka
Tempat Tinggal
Bandar Baru Bangi, Selangor
Pengalaman Menyembelih
Lebih 25 tahun
Latar-belakang
Pengasas program "Aqiqah Bersama Hj. Bismi" dan juga ayah kepada pemilik ARIFAHANI ENTERPRISE, beliau yang merupakan salah seorang imam di surau Al-Falah, Jalan 6A Bandar Baru Bangi, telah berkecimpung dalam dunia penyembelihan haiwan ternakan sejak 25 tahun yang lalu dan telah menyembelih ratusan ekor haiwan ternakan untuk tujuan komersil, korban dan aqiqah.


Antara tempat-tempat yang sering mengundang beliau untuk khidmat menyembelih adalah :

  • Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat.
  • Balai Bomba & Penyelamat, Bangi
  • SYABAS, Hulu Langat
  • Muzium Negara
  • Kolej kediaman Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Surau-surau dan masjid-masjid sekitar daerah Hulu Langat, Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.
Click to edit table header
 
Umur
58 Tahun
Asal
Tg. Malim, Perak
Tempat Tinggal
Bandar Baru Bangi, Selangor
Pengalaman Menyembelih
Lebih 10 tahun
Latar-belakang
Seorang pesara kerajaan yang kini merupakan salah seorang pegawai syarak dan ahli jawatankuasa Surau Al-Falah, Jalan 6A, Bandar Baru Bangi. 

Beliau juga adalah pengamal perubatan islam dan merupakan salah seorang anggota Pertubuhan Perubatan Islam Darussyifa' yang di asaskan oleh Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz.


Berpengalaman luas dalam melakukan penyembelihan menurut hukum syarak serta pernah juga diundang untuk terlibat sebagai jurusembelih di dalam salah satu program ibadah korban kendalian AMAN MALAYSIA  di Kemboja.

Melapah Haiwan & Memproses Daging Sembelihan

Selepas selesai penyembelihan, haiwan yang disembelih itu akan segera dilapah dan diproses. Kesemua tempat penyembelihan yang dipilih akan dipastikan turut mempunyai fasiliti untuk memproses daging. Tempat tersebut pula mestilah bersih dan dilengkapi dengan segala keperluan seperti tempat menggantung anggota haiwan yang dilapah, para untuk meracik daging, bekalan air yang mencukupi, peralatan melapah yang khusus serta bekas-bekas simpanan yang bersih dan tersusun. Pekerja yang akan melapah pula mestilah terdiri dari pekerja yang sudah biasa dan terlatih dengan tugasan untuk memproses daging supaya kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan dengan cepat.


Ini akan dapat memastikan kesegaran daging dapat dikekalkan sehingga tiba ke dapur tukang masak kami. Selain itu, kebersihan kawasan memproses serta bekalan air yang kuat dan mencukupi dapat memastikan daging tersebut tidak tercemar seterusnya menghindarkan ia dari busuk atau berkuman.

Ladang Ternakan Lembu

Ladang Ternakan Kambing

Memasak, Membungkus & Menghantar

Perkhidmatan pengendalian Aqiqah bersama ARIFAHANI ENTERPRISE mengkhususkan setiap tempahan adalah berdasarkan kepada pakej-pakej juadah yang disediakan sahaja. Kami tidak menyediakan perkhidmatan pembekalan haiwan hidup mahupun pembekalan daging mentah yang belum atau siap diproses.


Ini kerana kami adalah penyedia perkhidmatan pengendalian yang tidak mempunyai ladang ternakan khusus di bawah kelolaan kami sendiri. Kami mewakili beberapa komponen di dalam penyediaan perkhidmatan ini antaranya termasuklah penternak, tukang masak, pembekal kuih-muih & pencuci mulut, pengusaha khemah dan penyewa peralatan acara. Kami berfungsi sebagai "One-stop Center" kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk melaksanakan aqiqah tetapi tidak mempunyai ruang dan masa untuk mengelolanya sendiri.


Setiap makanan yang telah siap dimasak akan terus dihantar ke lokasi pilihan pelanggan secara *PERCUMA. Pelanggan juga boleh memilih untuk menerima juadah sama ada dalam bentuk pukal yang disediakan dalam bekas-bekas thermos khusus bagi mengekalkan kepanasan dan kesegaran juadah tersebut atau dibungkus secara individu untuk edaran terus kepada orang-orang yang hendak diberikan.


Sila klik butang dibawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang pakej-pakej juadah aqiqah dan perkhidmatan-perkhidmatan kami yang lain.

Pengedaran & Pengagihan untuk tujuan Kebajikan & Sedekah

Sebagai salah satu usaha kami untuk memperpanjangkan keberkatan aqiqah yang dibuat oleh pelanggan, kami juga telah menjalinkan persefahaman bersama dengan beberapa rumah-rumah kebajikan islam seperti rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan fakir miskin dan pusat-pusat pengajian tahfiz di sekitar Selangor yang telah memberi kami kebenaran untuk menerima juadah aqiqah dan dijadikan makanan untuk penghuni di tempat-tempat tersebut. 


Ramai diantara pelanggan kami yang lebih gemar dan selesa sekiranya juadah aqiqah meereka diedarkan kepada rumah-rumah kebajikan ini. Selain dari dapat membantu mereka untuk memastikan juadah tersebut habis dimakan, cara ini juga digemari pelanggan kerana dapat dipastikan bahawa juadah tersebut dimakan oleh mereka yang memerlukan.